Selamat Datang Ke Laman Web SMKDDS

Memperkasa Kokurikulum

Petikan Utusan Malaysia Online (13/01/10)

UTUSAN: Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam memperkasakan kokurikulum pendidikan negara?

DR. PUAD: Memang menjadi hasrat utama Kementerian Pelajaran bahawa transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan, antara lain untuk memastikan apa yang ada dalam falsafah pendidikan negara. Soal pembangunan modal insan mesti diberikan perhatian khusus iaitu kita tidak mahu lagi murid kita terlalu obses dengan peperiksaan. Ini cukup jelas disebut oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan tahun baru 2010.

Beberapa langkah telah kita lakukan supaya pelajar tidak lagi terlalu obses dengan peperiksaan. Tahun ini misalnya, sukan menjadi elemen wajib di Kementerian Pelajaran. Kita akan memastikan pembinaan sekolah sukan yang baru untuk melatih lebih ramai guru sukan. Guru-guru ini kita akan tempatkan semula di sekolah sekali gus dapat mengatasi masalah yang dihadapi ketika ini yang mana guru sukan dikongsi oleh beberapa sekolah.

 

PENGURUSAN PRESTASI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 yang bertujuan  memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan peraturan pengurusan Sistem Penilaian prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedia ada. Pemantapan ini adalah  untuk meningkatkan kecekapan pengurusan penilaian prestasi dan menyediakan panduan yang lebih jelas. Ia juga membantu Pegawai Penilai untuk membuat penilaian yang lebih objektif, adil dan telus khususnya berkaitan dengan penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), pencapaian SKT, penilaian dan pemberian markah.

 

 

Rumusan Mesyuarat Staf 1 2010

ARAHAN AM

  • Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut
  • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata
  • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang
  • Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together Everyone Achieve More)
 

Waktu Persekolahan 2010

Makluman untuk semua pelajar SMK Dato Dol Said & ibu bapa.  Bermula 4 Januari 2010, waktu persekolahan adalah seperti berikut:

 Hari

Masa Persekolahan

 Isnin 7.40 pg. - 2.40 ptg.
 Selasa 7.40 pg. - 2.40 ptg.
 Rabu 7.40 pg. - 4.00 ptg.
 Khamis 7.40 pg. - 2.40 ptg.
 Jumaat

 7.40 pg. - 12.00 tgh

 

 

Pakej Tingkatan 4 2010

Subjek-subjek elektif untuk setiap aliran:

  1. Sains Tulin (Alfa & Beta)
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
  2. Sains Sukan (Gamma)
 


Muka 5 daripada 7

Borang Login

Hello SMKDDS

Latest Message: 1 Bulan, 3 weeks ago
  • Helihafisah : halo smk dds..heli`s here..
  • Rashid Ibrah : salam 1 sdds...utk warga sdds....dulu ,kini...akan dtg...dari bekas pelajar th1979
  • shah : congras pengws..... hope dpt jlnkn tugs dgn cmrlng
  • Syah'z : ^_^
  • Muhammad Sha : skonglah lman web skolah kte
  • Shahfiq Yuso : askum smua...
  • Muhammad Mus : wei sokong lah laman ni
  • Muhammad Mus : cool men
  • shah : chantexx skrg lmn web sdds......
  • syiera : i mizz u alll!!!!

Only registered users are allowed to post

Statistik Pelawat

Pelawat Hari Ini: 68
Pelawat Semalam: 117
Pelawat Bulan Inii: 1022
Jumlah Pelawat: 48244
Bulan Paling Ramai: 7574
��terjadi: 2010-4
Data Semenjak: 2009-10-12