Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan SMKDDS telah diadakan pada 1 Februari 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Pengetua SMKDDS, Pn. Khalijah bt. Ab. Rahman.
Program Tabung Kebajikan ini telah ditubuhkan pada 20.1.2010 oleh pelajar 5 Kappa. Tujuan Tabung Kebajikan ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar 5 Kappa mendapatkan markah untuk kerja kursus matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ( PSK )
Objektif penubuhan Program Tabung Kebajikan ini ialah untuk :
- Membantu golongan target program seperti pelajar – pelajar miskin dan anak – anak yatim dari segi bantuan wang dan sumbangan pakaian.
- Membantu pihak sekolah meningkatkan dana tabung kebajikan.
- Memberi peluang kepada pelajar 5 Kappa dan warga sekolah membuat kerja amal.
- Memupuk semangat kerjasama dan bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat.
- Melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Golongan sasaran Program Tabung Kebajikan :
- Pelajar – pelajar miskin yang tidak berkemampuan membayar yuran persekolahan.
- Pelajar anak – anak yatim.
- Pelajar yang kematian ahli keluarga.
- Pelajar tahun peperiksaan yang tidak berkemampuan membeli buku – buku rujukan.





